Kajian lepas ini, kami mendapati bahawa faktor kejayaan seseorang

 Kajian lepas ini dapat dijadikan sebagai
indikator untuk kajian kami terhadap faktor kejayaan para peniaga IKS yang
lebih menfokuskan terhadap dua isu dominan, iaitu dari segi aspek individu itu
sendiri serta  aspek persekitaran
perniagaan itu sendiri (Martinelli 1994, Thornton 1999).  Selain itu, berdasarkan kajian pertama yang
dilakukan oleh McClelland (1961) yang mengatakan bahawa budaya pergaulan dalam
sesebuah masyarakat ini mempunyai hubungan yang saling berkait terhadap
personaliti seseorang dalam sesebuah perniagaan manakala Delmar (2000)  pula menyatakan bahawa sifat peribadi seseorang
peniaga adalah meliputi keupayaan mereka sewaktu berhadapan dengan risiko yang
boleh menjadi pemangkin terhadap kemerosotan prestasi dalam sesebuah peniagaan,
kebolehan mengawal diri serta kemampuan dalam menjadi seorang yang berdikari.

Ironinya,
terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang peniaga itu
sendiri iaitu menurut kajian Zuraini (2000) yang mengatakan bahawa faktor yang mempengaruhi
kemampuan para peniaga bumiputera untuk memajukan perniagaan mereka di Sungai
Petani, Kedah adalah melalui pengetahuan yang dimiliki, sikap personaliti
peniaga itu sendiri, motivasi diri terhadap para peniaga untuk berjaya dalam
perniagaan, modal dan barangan yang digunakan serta etika perniagaan yang
diamalkan juga mempengaruhi prestasi perniagaan masing-masing manakala kajian
Ibrahim Mamat (2009) pula menyatakan bahawa matlamat adalah penentu utama
kepada lahirnya sikap positif dalam diri seseorang peniaga yang ingin mengecapi
kejayaan. Oleh hal demikian, sikap ingin mempelajari sesuatu yang baru dan
tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh juga merupakan salah
satu faktor yang mendorong kepada kejayaan seseorang peniaga itu sendiri. Hal
ini demikian kerana, ianya membolehkan seseorang peniaga itu mampu berpandangan
jauh mengenai amalan, peluang serta ancaman yang wujud dalam organisasi dan
perniagaannya dari semasa ke semasa.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Rentetan
itu, Hamidin (1999) menjalankan kajian mengenai faktor kejayaan pengusaha
industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera dalam pemprosesan makanan di
negeri Johor dan kajian ini lebih memfokuskan kepada sejauh mana kecekapan para
pengusaha IKS bumiputera yang berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka khususnya
dalam pemprosesan makanan di negeri Johor. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati
bahawa majoriti pengusaha di situ mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dalam
menguruskan sesebuah organisasi perniagaan mereka dengan sempurna dan dapat
melaksanakan fungsi pengurusan, perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan
kepimpinan yang cekap serta efisien. Hal ini bertujuan untuk membantu mereka
dalam menguruskan perniagaan secara teratur dan sistematik.

Hasil
tinjauan kajian lepas ini, kami mendapati bahawa faktor kejayaan seseorang
peniaga itu saling bergantung antara faktor dalaman serta luaran. Faktor dalaman
merujuk kepada kriteria yang perlu dimiliki dalam personaliti individu itu
sendiri serta tahap kemahiran dan pengetahuan juga perlu diperkasakan bagi
seseorang peniaga yang menginginkan kejayaan manakala faktor luaran pula bergantung
kepada struktur masyarakat individu berkenaan yang mempengaruhi  tahap pemikiran seseorang dalam menguruskan
peniagaan.